Covid19KemanusiaanKesihatanSemasaSyria

Dari perasmian sekolah di Syria terus ke Back To School di Malaysia

MAPIM Malaysia tidak pernah membeza-bezakan

Bangi : Pendidikan adalah asas ketamadunan sebuah negara. MAPIM Malaysia di bawah Ketua Aktivis Kemanusian MAPIM Malaysia (Dr) Sani Araby Al-Kahery sangat sedar akan perkara tersebut. Ini juga yang ditekankan oleh (Preston dan Elo, 1996), ‘Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera’.

Di setiap tempat, keperluan pendidikan berbeza-beza. Namun, setiap keperluan itu MAPIM Malaysia sentiasa menganggapnya sebagai sebuah keperluan yang sangat penting, dan tidak membeza-bezakannya. Baik di Syria ataupun di Malaysia.

(Dr) Sani Araby semasa di sekolah di Syria.

Selepas pulang dari Syria, walaupun (Dr) Sani Araby Al-Kahery perlu menguruskan bantuan kecemasan banjir tetapi keperluan pendidikan tetap diutamakan. Dalam kesibukan beliau tetap menyediakan dirinya untuk hadir Kempen Back To School.

Kempen Back To School yang ketiga anjuran MAPIM Malaysia kali ini mempunyai suasana yang berbeza daripada tahun sebelumnya. Akibat pandemik covid 19, ramai yang terjejas pendapatan mereka. Ada yang terus hilang pendapatan dan mengharapkan sumbangan orang ramai. Untuk yang anak seorang pun sudah terasa beban, apatah lagi untuk yang ramai anak.

Sekarang musim banjir pula tiba. Ada yang perlu membantu keluarga di kampung yang terjejas, dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah pendidikan anak-anak. Ada yang sudah berkira-kira untuk memakai sahaja pakaian tahun lepas walaupun saiz sudah tidak sesuai dan sudah lusuh.

Dalam kempen Back To School tahun ini, sebanyak 3000 permohonan diterima MAPIM Malaysia. Dengan kapasiti yang ada, MAPIM Malaysia cuba membantu seramai mungkin.

Program ini diadakan di Gallery Uniform Bangi. Setiap penerima sumbangan akan menerima satu set pakaian sekolah yang mengikut saiz, beg sekolah, sepasang kasut dengan stoking dan sebuah beg sekolah.

Kegembiraan terukir menerima set kelengkapan sekolah

 

Menurut (Dr) Sani Araby, “Ini hanyalah usaha kerdil MAPIM Malaysia untuk ringankan beban keluarga Asnaf/B40/Yatim. Tahniah kepada yang menjadi penginfaq dan penaja kerana bantuan anda mengukir senyuman keluarga saudara kita yang diuji.”

Ini semua belum mencukupi, MAPIM Malaysia masih memerlukan sumbangan dan infaq daripada rakyat Malaysia supaya lebih ramai yang dapat dibantu.

============

MAPIM kini melancarkan misi khas bantuan kecemasan untuk semua mangsa banjir.

Antara bantuan kecemasan yg akan digerakkan segera adalah
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 5,000 kotak hygience kit
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button