PalestinSemasa

Wartawan cedera ditembak tentera israel

RAMALLAH: Seorang wartawan berita Palestin berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas terkena peluru getah di kepala semasa serbuan israel pada Rabu di Ramallah, Tebing Barat yang dijajah.

Konvoi kenderaan Pasukan Pertahanan israel (IDF) memasuki bandar itu lewat malam untuk merobohkan rumah penduduk Palestin yang telah dituduh meletakkan dua bom menyasarkan penumpang di Baitulmaqdis pada November lalu yang mengorbankan dua orang serta mencederakan 21 yang lain.

“Sekurang-kurangnya 6 orang dimasukkan ke hospital, 3 dengan luka tembakan“, kata pegawai perubatan Palestin, selepas ratusan orang berkumpul bagi membantah kehadiran tentera.

Moamen Sumreen, 22, seorang wartawan yang membuat liputan operasi itu, cedera parah selepas terkena peluru getah di kepala, kata keluarganya.

Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Seorang jurugambar Rabih Al-Munir juga cedera terkena peluru logam bersalut getah di perutnya. Kecederaan wartawan itu hampir sama dengan pembunuhan  terhadap wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh.

Kementerian menggesa badan dan pertubuhan antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk membuat keputusan mengenai perlindungan wartawan dan yang lain, sebelum lebih ramai yang terkorban.

 

Laporan bulan Mei daripada Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) mendapati bahawa israel tidak bertanggungjawab atas pembunuhan 20 wartawan, 18 daripadanya adalah warga Palestin, sejak 2001.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button