
JERUSALEM: Seorang warga Palestin dari bandar Al-Isawiya, timur ibu kota Baitulmaqdis, di Tebing Barat, terpaksa merobohkan rumahnya yang sedang dalam pembinaan pada petang Isnin.
Watch: Israeli authorities force #Palestinian man Thaer Ebeid from al-Issawiya town in occupied #Jerusalem to demolish his own house. pic.twitter.com/eKYTGiSvxH
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) December 12, 2022
Sumber media melaporkan bahawa Majlis Bandaraya israel di Baitulmaqdis yang diduduki memaksa Tha’er Obeid merobohkan rumahnya seluas 100 meter persegi dengan alasan dibina tanpa permit.
Obeid memberitahu WAFA News bahawa dia terpaksa merobohkan rumahnya untuk mengelakkan denda dan bayaran terlalu tinggi yang dikenakan oleh majlis bandar raya jika mereka melakukan perobohan menggunakan pekerja serta peralatannya.
Media coverage: "Israeli occupation authorities today forced Palestinian man Thaer Obaid to self-demolish his under-construction home in Al-Issawiya town, occupied Jerusalem." pic.twitter.com/cYX5bgkjC2
— Quds News Network (@QudsNen) December 12, 2022
Obeid menerima perintah perobohan tiga bulan lalu sebelum dia menghubungi peguam dan memulakan pertempuran undang-undang di mahkamah israel agar dapat menyelamatkan rumahnya tetapi tidak berjaya.
“Isteri saya sendiri, dan tiga anak kami tinggal di sebuah rumah yang kami bina di atas tanah kami di bandar Jericho, tetapi tentera israel merobohkannya dan kini, sekali lagi, israel tidak mahu kami mempunyai bumbung di atas kepala kami,” keluh Obeid.
Israeli occupation forces forced on Monday the Palestinian citizen, Thaer Obaid, to self-demolish his house in Al-Issawiya in occupied Jerusalem.#IsraeliCrimes pic.twitter.com/KUnenjisjg
— DAYS OF PALESTINEᅠ (@DaysOfPal) December 12, 2022
Ramai rakyat Palestin terpaksa membina rumah tanpa permit berikutan israel yang enggan memberikan permit kepada mereka.
Ini berlaku semasa israel terus membina dan mengembangkan jajahan haramnya di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis, secara langsung melanggar Undang-undang Antarabangsa, Konvensyen Geneva Ke-4, dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Majlis Keselamatan.
BACA JUGA
Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini