Warga Palestin bebas selepas 20 tahun jalani hukuman penjara Israel
RAMALLAH : Seorang tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel selepas menjalani hukuman selama 20 tahun, lapor agensi berita Safa.
Mohammad Jaber Abdu, yang merupakan ahli Briged Al-Qassam, telah ditangkap oleh pasukan penceroboh pada 2001 dan kemudian dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
Semasa penahanannya, Abdu menghabiskan enam tahun berturut-turut dalam pengasingan.
Hamas menyeru rakyat Palestin untuk turun ke jalan raya di kampung halamannya di Kafr Ni’ma, dekat Tulkarm, untuk meraikan pembebasannya.
Sumber dari kawasan itu melaporkan kepada agensi berita Safa bahawa tentera zionis Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin untuk menyuraikan mereka.
Israel kerap membebaskan tahanan di tengah malam atau dengan syarat tiada sambutan diadakan untuk menandakan pembebasan mereka.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia