Warga emas kerja di lewat usia, tak kenal erti lelah
REMBAU : Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat seorang warga emas yang sepatutnya sudah berehat di rumah tetapi kerana desakan hidup dia masih perlu bekerja keras.
Hamdan Husin, 62, yang tinggal seorang diri di rumah terpaksa membuat dua kerja dalam sehari.
Pada waktu siang, beliau akan bekerja sebagai posmen dan pada waktu malam pula beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah.
Walaupun begitu, Hamdan tetap tabah dalam menjalani kehidupan seharian beliau.
Kesukaran hidup yang dialami oleh Hamdan akhirnya sampai ke pengetahuan MAPIM Malaysia. Tidak menunggu lama, MAPIM Malaysia segera ke rumah Hamdan bagi menghulurkan bantuan kotak makanan dan bertanya khabar.
Hamdan berasa sangat gembira dan bersyukur atas kunjungan pihak MAPIM Malaysia.
Encik Muhd Sufi Mustapha pengasas Geng Ngaji berkata,
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAPIM kerana masyarakat di sini amat memerlukan bantuan dengan keadaan pandemik COVID19 menyebabkan masyarakat kekurangan makanan dan berasa tertekan. Semoga Geng Ngaji dapat bekerjasama dengan MAPIM untuk teruskan bantu masyarakat yang memerlukan.”
Dalam perkembangan lain, pihak MAPIM Malaysia akan menjalankan lagi kerjasama dengan pihak Geng Ngaji bagi membantu lebih ramai mereka memerlukan.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
Sumbangan infaq TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA boleh disalurkan menerusi :
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016