BanjirSemasa

Wanita Pakistan 3 jam redah banjir untuk bersalin

Perjalanan kali ini sangat mencabar, kami nyaris berputus asa keluh suaminya

SEHWAN: Rubina Mallah, 27 tahun, terpaksa menempuh perjalanan merbahaya dengan bot selama 3 jam merentasi banjir untuk ke hospital terdekat demi melahirkan bayi lelakinya. Malah sehingga laporan ini ditulis, jalan menuju ke klinik mahupun hospital di bandar Sehwan di selatan Pakistan masih ditenggelami air.

Rubina Mallah adalah salah seorang daripada puluhan ribu wanita hamil yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana banjir terbesar menenggelami hampir satu pertiga negara dan menjejaskan hampir 50 juta rakyat Pakistan yang kebanyakannya kini mengungsi di khemah-khemah.

Foto dari twitter @ReutersScience

“Pada malam itu air dari tasik terlalu melimpah, saya sangat bimbang tidak sempat.” kata Mallah kepada Reuters sambil memeluk bayinya, Muhammad Tayyab yang baru sehari dilahirkan. Kampung asalnya yang terletak di pinggir Tasik Manchar air tawar yang besar, kini berada di bawah air.

“Suami saya yang memandu bot, kami terpaksa menempuh perjalanan 3 jam ke hospital untuk saya bersalin.”

Mallah melahirkan bayinya di Hospital Institut Abdullah Shah di Sehwan. Jarak dari rumah ke hospital hanya kira-kira 15 kilometer, biasanya ia perjalanan yang mudah jika banjir tidak membadai Pakistan.

“Perjalanan kali ini sangat mencabar, kami nyaris berputus asa. Banjir kali ini membuatkan hidup kami menjadi melarat.” keluh Mushtaq suami kepada Rubina Mallah.

Antara mangsa banjir termasuk wanita hamil menunggu rawatan di hospital, berikutan musim tengkujuh dan banjir melanda Sehwan, Pakistan

Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button