Dunia

Wanita leka swafoto di landasan maut dirempuh kereta api

JAWA TENGAH : Akibat leka mengambil swafoto di landasan kereta api, seorang Wanita dari Cilacap meninggal selepas dirempuh kereta api.

Menurut laporan Kompas.com, mangsa, Serli, 26, ditemukan maut di Kawunganten-Gandrungmangu bersama anaknya di tepi landasan tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam PT KAI Daop 5, Ayep Hanapi berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, sementara, anak lelakinya dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

Menurutnya, kereta api tersebut dalam perjalanan dari timur ke barat menuju ke Purwokerto-Pasar Senen ketika insiden itu berlaku.

“Pemandu kereta api sudah memberikan isyarat semboyan 35, namun mangsa tidak mengendahkannya,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button