RIYADH: Pengumuman pembatalan visa umrah tuan rumah dan akan mengemas kini sebarang perkembangan menerusi saluran rasmi, menurut Kementerian Haji dan Umrah.
Memetik laporan Saudi Gazette, bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai hal berkenaan, pengumuman itu dibuat pada Rabu lalu.
Platform Absher mengesahkan tidak mungkin mengeluarkan visa umrah tuan rumah melalui platform berkenaan.
Orang ramai diminta merujuk Kementerian Haji dan Umrah Saudi.
Menurut Pihak kementerian sebelum ini memaklumkan, visa umrah tuan rumah adalah tertakluk kepada piawaian dan keperluan mengawalnya.
Visa itu tidak akan dilaksanakan dan tiada masa khusus untuk mengaktifkannya, jelas Kementerian.
Visa umrah itu membenarkan rakyat dan penduduk tempatan membawa tiga hingga lima jemaah, selain menjadi tuan rumah bagi jemaah dari luar Arab Saudi mengikut peraturan tertentu.
Visa itu pernah dikeluarkan melalui pendaftaran status sivil bagi warganegara serta melalui status pemastautin penduduk.
– AGENSI
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today