Uttar Pradesh, negeri utara-tengah India yang paling ramai populasi bergelut dengan sejumlah besar kes demam denggi, kini menghadapi cabaran tambahan untuk memerangi virus Zika.
Virus Zika merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti milik genus Aedes. Walaupun jangkitan itu tidak membawa maut, ia boleh menyebabkan komplikasi neurologi yang serius, menurut pakar perubatan.
Ved Vrat Singh, ketua pengarah perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Uttar Pradesh, memberitahu Anadolu Agency (AA) bahawa keadaan kini terkawal, dan kerajaan melakukan segala yang mungkin untuk mencegah penularan selanjutnya.
“Sebanyak 143 jangkitan virus Zika telah disahkan, dengan satu atau dua kes baharu masih dilaporkan, yang merupakan yang pertama di negeri Uttar Pradesh.
“Kami telah melakukan ujian yang meluas baru-baru ini dan perkara-perkara adalah secara amnya terkawal.”
Menurut Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kebangsaan India, negara itu menyaksikan sejumlah 123,106 kes denggi dari Januari hingga Oktober tahun ini, dengan Uttar Pradesh mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu 21,687.
Singh mengakui terdapat lebih banyak kes denggi tahun ini tetapi berkata kedua-dua penyakit itu sedang ditangani pada masa yang sama.
Negeri Gujarat di barat India adalah yang pertama melaporkan wabak Zika pada sekitar tahun 2016.
Kes Zika pertama dilaporkan di Kerala pada Julai tahun ini. Tidak jelas bagaimana ia boleh merebak sehingga ke negeri belah utara.
Menurut pakar kesihatan awam, pelbagai faktor harus diambil kira untuk wabak tersebut di negeri berpenduduk ramai seperti Uttar Pradesh.
Wabak ensefalitis juga dilaporkan di Uttar Pradesh sebelum wabak Zika dan demam denggi.
Chandresh Pandya, pakar kesihatan masyarakat yang dikaitkan dengan Persatuan Pencegahan dan Perubatan Sosial India, berkata sanitasi dan kebersihan mesti dipertingkatkan untuk mencegah penyakit.
“Kesedaran juga penting. Saya rasa kerajaan harus meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar tentang penyakit ini. Program penyakit bawaan vektor juga perlu diperkasakan,” katanya.
“Pemantauan berkala adalah penting untuk mencegah penyakit seperti denggi, di mana vektor nyamuk terlibat,” ulasnya.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar