PETALING JAYA : Kawasan luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala ritcher pada pukul 8.26 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, gempa bumi itu berlaku di koordinat 0.3 darjah Utara dan 96.9 darjah Timur.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” menurutnya.