DuniaSemasa

Dituduh cetus protes filem anak perempuan Nabi Muhammad, imam terkemuka UK dipecat

RABAT : Imam terkemuka United Kingdom (UK), Qari Muhammad Asim dipecat susulan dakwaan telah mencetus protes terhadap filem yang mengisahkan tentang anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah Az-Zahra berjudul The Lady of Heaven.

Filem tersebut telah mencetus kemarahan umat Islam dari beberapa negara kerana mempunyai unsur menghina agama dan secara jelas memalsukan sejarah Islam sebenar.

Pemecatan Qari yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Masjid dan Imam UK, dibuat selepas beliau memuat naik hantaran dalam Facebook yang menjelaskan filem berkenaan ‘melukakan hati umat Islam’,” lapor Arab News.

Kritikan terhadap filem ini banyak tertumpu kepada penggambaran beberapa watak sokongan termasuk sahabat Nabi Muhammad iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab dan Uthman Affan.

Kisah itu juga dianggap sebagai filem pertama mengenai kehidupan Fatimah yang boleh mencetuskan ketegangan antara kumpulan Sunni dan Syiah di seluruh dunia.

Sementara itu, Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq antara negara yang mengecam tayangan filem tersebut.  Tindakan itu disusuli oleh Maghribi yang mengharamkan tayangan filem Britain itu kerana menghina agama Islam.

Protes mengenai filem tersebut telah diadakan di Bolton, Blackburn, Bradford, Sheffield dan Birmingham.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button