
KUALA LUMPUR : Isu berhubung usul undi tidak percaya dan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara isu yang dijangka dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) meminta perdana menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Pada sesi soal jawab lisan, Wong Shu Qi (PH-Kluang) membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau cukai kekayaan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.
Tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Belia dan Sukan, Sumber Manusia serta Komunikasi dan Multimedia yang dijangka hangat susulan peruntukan bagi agensi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menjadi pertikaian kebanyakan Ahli Parlimen.
Kerajaan sebelum ini bersetuju menjenamakan semula JASA sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan peranan dan fungsi berbeza. – BERNAMA