DuniaSemasa

Ustazah Asma’ Harun titipkan doa dan sokongan kepada misi MAPIM ke Turkiye

SEPANG : Personaliti dakwah, Ustazah Asma’ Harun menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada kumpulan aktivis MAPIM Malaysia yang berangkat ke Turkiye pada malam Selasa bagi misi bantuan gempa Turkiye-Syria.

Gempa yang melanda Turkiye-Syria pada Isnin lalu merupakan satu bencana yang cukup besar sehingga mengorbankan lebih 7,900 orang.

Menurut beliau, MAPIM Malaysia mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam menguruskan misi bencana.

Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa memberi sokongan dan doa kepada pasukan yang akan keluar memberi bantuan ke Turkiye.

Tambahan lagi, Ustazah Asma’ Harun bersama Sahabat Amal Care akan bermusafir selama 6 hari, bermula 8 sehingga 13 Februari 2023 ke Ghana bagi misi bantuan kemanusiaan.

“MAPIM dan juga NGO Sahabat Amal Care adalah tangan serta kaki yang sampai ke sana tetapi kalian lah disebalik segalanya,” kata Ustazah Asma’ Harun sebelum berangkat ke Ghana.

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.

Delegasi MAPIM Malaysia yang bergerak ke Turkiye bagi misi bantuan kemanusiaan

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM (Akaun Maybank 562263540066).

 

Related Articles

Back to top button