JAWA TENGAH: Kisah kegigihan seorang pegawai polis menabung duit gajinya untuk membangunkan pesantren anak yatim dan pusat pengajian Al-Quran di Purbalingga mendapat perhatian media di Indonesia.
Agus Miswanto berkhidmat sebagai Ketua Urusan Penjagaan Personel Sumber Manusia (SDM) di Balai Polis Purbalingga di Jawa Tengah.
Namun di kampungnya, Agus dianggap sebagai ustaz dan guru agama.
Media Kompas.com melaporkan, setiap hari, selepas selesai berkhidmat sebagai pegawai polis, Agus akan segera pulang ke rumahnya di Kampung Brobot untuk meneruskan pengajaran Al-Quran kepada penghuni Pondok Pesantren Daruttaqwa dan penduduk warga emas sekitar daerah Bojongsari.
Kegiatan itu sudah dilakukan sejak tahun 2016 selepas Agus menyedari tidak adanya kelas mengaji Al-Quran dan mengajar agama di tempat tinggalnya.
“Untuk membina masjid dan asrama, saya menyimpan sedikit demi sedikit daripada gaji sebagai anggota polis setiap bulan. Alhamdulillah, ada juga kami mendapat bantuan daripada rakan-rakan jabatan polis”.
“Kebanyakan pelajar berasal dari kampung ini. Namun, ada juga penduduk kampung jiran yang tidur di asrama pesantren. Daripada kira-kira 70 pelajar, terdapat sekitar 12 anak yatim dan seorang cacat pertuturan“.
“Anda harus pandai menguruskan masa dengan baik. Tugas sebagai pegawai polis dan mengajar Al-Quran sama-sama penting. Kedua-duanya demi untuk pembangunan bangsa, negara dan agama,” katanya.
BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat