Semasa

Ustaz Abdul Somad buka tabung sumbangan

Hasrat murni beli pengganti KRI Nanggala 402

JAKARTA :”Rakyat Bersatu, Jaga kedaulatan Laut Kita”

Kata-kata yang dilontarkan oleh penceramah bebas, Ustaz Abdul Somad (UAS) ketika menghantar satu paparan poster berbentuk permintaan sumbangan kepada rakyat Indonesia di laman sosial Instagram (@ustadzabdulsomad_official), 20 jam yang lalu.

Open donasi, patungan Rakyat Indonesia, untuk pembelian kapal selam pengganti Nanggala 402 Bersama Masjid Jogokariyan Jogja.”

Merujuk pada kata-kata yang kelihatan di awal kapsyen beliau, gerakan meminta dana dari orang ramai itu bertujuan untuk membeli sebuah lagi kapal selam bagi menggantikan KRI Nanggala 402 yang disahkan tenggelam bersama 53 anak kapal beberapa hari lalu.

Gerakan yang dinamakan sebagai “Patungan Rakyat Indonesia untuk Pembelian Kapal Selam Pengganti Nanggala 402” itu, dalah kerjasama antara Ustaz Abdul Somad bersama-sama Masjid Jogokariyan Jogjakarta.

Tambah beliau, hasratnya dalam mengumpul dana ini juga seiring dengan Undang- Undang Dasar Negara Republik Indonesia 1945 (UUD) iaitu menjaga seluruh rakyat Indonesia serta melindungi harta kekayaan bumi negara republik itu bermula dari Samudera Indonesia di barat Aceh hingga ke perairan Papua.

Beliau juga menegaskan selama ini Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara dari pelbagai aspek tidak kira sama ada di atas permukaan laut yang bergelora hingga ke dasarnya. Betapa luas wilayah dan kawasan yang harus dijaga oleh pasukan tentera angkatan laut itu demi kemaslahatan negara.

Sementara itu, KRI Nanggala 402 yang gugur syahid bersama anak kapal yang lain kini dianggap sedang menjalani ‘Eternal Patrol’. Penghormatan ini diberikan kepada kapal selam yang gugur ketika menjalankan tugas dan tidak akan kembali buat selamanya. Kapal selam dengan semboyan “Tabah Sampai Akhir” ini dinyatakan tenggelam di kedalaman lebih dari 800 meter, Sabtu lalu (24 April).

Justeru, Ustaz Abdul Somad menyeru seluruh pemuda pemudi Indonesia berganding bahu menghulurkan sumbangan bagi membeli pengganti KRI Nanggala 402 demi menaikkan semangat armada laut agar kembali bangkit berkhidmat memantau dan menjaga benteng keselamatan negara itu.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button