Semasa

Presiden PAS dimasukkan ke IJN

Rawatan susulan atas nasihat doktor

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk tempoh beberapa hari.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan susulan di institut berkenaan, atas nasihat doktor.

“Marilah kita berdoa supaya Datuk Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada umat. Terima kasih,” – Setiausaha Politi / Syahir Sulaiman

katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Syahir dalam satu kenyataannya malam tadi bagaimanapun tidak memperincikan bila Datuk Seri Abdul Hadi ditempatkan di IJN.

Kali terakhir Datuk Seri Abdul Hadi dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan susulan kesihatan ialah pada 1 April lalu dan diarahkan doktor supaya berehat.

Presiden PAS itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dan dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut pada 15 Februari lalu, sebelum dibenarkan pulang empat hari kemudian.-BH

Related Articles

Back to top button