“Untuk anak-anak, biar saya berlapar.” – luah pekerja kilang yang dibantu oleh MAPIM Malaysia
Pengorbanan seorang ayah kepada keluarga
Nilai : Kos hidup untuk golongan B40 di pinggir kota seperti di Nilai, tidak jauh bezanya dengan kos hidup di tengah-tengah kota. Sama-sama susah. Harga barangan dan keperluan hidup hampir sama tinggi. Yang membezakan mungkin hanya suasana. Apatah lagi ketika zaman pandemik covid-19, pendapatan semakin sukar, tetapi kos hidup tidak pernah berkurang.
Itu yang dialami oleh Mohd Razali bin Safie, seorang pekerja kilang di Nilai. Beliau mempunyai tiga orang anak lelaki dengan pendapatan yang kurang RM2000.00 sebulan walaupun sudah bekerja lebih masa.
Untuk pendapatan sebegitu, beliau masih mampu berjimat cermat bagi menghidupkan keluarganya dengan gaya hidup yang sangat sederhana. Namun ketika pandemik covid-19, terutamanya ketika PKP, kilang tempat beliau bekerja adakalanya terpaksa ditutup sementara, sekiranya dibuka masa bekerja pula terpaksa dikurangkan. Itu bermaksud dia tidak mendapat gaji penuh dan hidup menjadi sangat payah.
Beliau yang ditemui di rumahnya di Nilai, nampak resah bercerita tentang masalah yang beliau hadapi. Tetapi jelas dia tidak pernah putus harapan. Untuknya, keluarganya perlu diberikan keutamaan walau apapun yang terjadi.
MAPIM Malaysia bersama dengan Persatuan Penduduk Desaria Nilai, melalui kempen kilat sempena PKP 3.0 menghulurkan sumbangan berupa kotak makanan asas untuk beliau sekeluarga. Menurut pegawai MAPIM Malaysia yang turut serta dalam kempen kilat ini, Alaa Medang, “Ini bantuan yang kecil. Tetapi dalam waktu penuh mencabar ini, bantuan kecil tetapi pantas seperti ini sangat bererti kepada yang memerlukan.”
Beliau juga mengharapkan akan lebih ramai yang akan menyumbang kepada MAPIM Malaysia, supaya lebih ramai keluarga yang terkesan akibat pandemik covid-19 ini dapat dibantu.
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016