Undang-undang gangguan seksual dikemukakan Disember ini – Datuk Siti Zailah
KUALA LUMPUR : Undang-undang terhadap gangguan seksual akan dibentangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebelum berakhirnya sesi persidangan Dewan rakyat pada Disember ini.
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia akan dikemukakan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mesyuarat Kabinet yang diperlukan.
Beliau berkata semasa sidang media yang diadakan di Parlimen, dari segi isu undang-undang terdapat Akta sedia ada yang melindungi wanita daripada gangguan seksual, seperti Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Pekerjaan 1955.
Siti Zailah berharap wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual terus melaporkan kepada kementerian KPWKM atau pihak polis supaya tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
-AGENSI