Semasa

Air pasang besar diramal berlaku September hingga Disember, penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada

SHAH ALAM: Fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut di daerah Klang dijangka berlaku mulai September hingga Disember ini.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban.

“Paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka berlaku pada 12 September iaitu 5.5 meter (m) pada jam 7.18 pagi pada September ini,

“Pada 11, 13 dan 28 September, paras air mencecah 5.4m sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.

“Manakala pada tarikh 14, 27 dan 29 September pula, paras air laut pada 5.3m sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi,” menurut hantaran tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

“Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti PDT Klang di talian 010-8691067 atau 03-33716700,” katanya.

Dalam pada itu, JPBD juga memaklumkan bahawa Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai hari ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button