KIEV – Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata, Ukraine dan Rusia mengambil masa kira-kira seminggu untuk ke arah mencapai persetujuan rundingan damai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net semalam.
Tambahnya lagi, Kiev mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu.
Jika perjanjian dipersetujui kedua-dua pihak, ia akan menjadi penamat kepada konflik Ukraine dan Rusia kata Podolyak yang juga anggota delegasi Ukraine terhadap rundingan damai dengan Rusia.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today