DuniaKemanusiaanSemasaSyria

Ukraine digesa bebaskan pelarian

Diterjemah oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

Ukraine digesa oleh badan bukan kerajaan, Human Right Watch (HRW), untuk segera membebaskan pelarian yang ditahan atas kesalahan penglibatan aktiviti ketenteraan.

15 warganegara yang tediri dari negara Syria, Algeria dan Afghanistan ditahan di Pusat Penginapan Migran Zhuravychi, wilayan Volyn.

Menurut laporan pihak HRW, pelarian kini telah dikurung di tengah-tengah zon perang dan mereka wajar untuk berada dalam keadaan ketakutan.

“Tiada alasan, lebih sebulan konflik berlaku untuk mengekalkan orang awam dalam tahanan imigresen.

“Mereka harus segera dibebaskan dan dibenarkan mencari perlindungan dan keselamatan seperti orang lain,” tambahnya lagi.

Dalam temu bual bersama badan pemerhati hak asasi, empat lelaki yang ditahan oleh pengawal keselamatan Poland adalah kerana cuba menyeberang ke Poland, tinggal di Ukraine selepas visa pelajar mereka tamat di kawasan bekas berek tentera di barat laut Ukraine.

Selepas kejadian tersebut, mereka diserahkan kepada pengawal sempadan Ukraine dan dijatuhi hukuman 6 hingga ke 18 bulan selepas kes mahkamah di mana mereka tidak mempunyai wakil undang-undang yang sah dan tidak ditawarkan hak untuk menuntut suaka.

“Walau apa pun penahanan mereka di pusat adalah dilakukan secara sewenang-wenangnya dan meletakkan mereka pada risiko bahaya daripada permusuhan,” kata HRW.

Tambahan pula, askar Ukraine sedang giat menggunakan salah satu bangunan di kompleks pusat tahanan.

Pegawai yang betugas menyatakan, pengawal Ukraine telah memukul tahanan menggunakan baton dan tangan sehingga menyebabkan tahanan tidak menyedarkan diri akibat cuba membantah.

Seterusnya, pelarian diberitahu dapat meninggalkan pusat tahanan Zhuravychi dan akan diberikan kewarnegaraan Ukraine jika sertai perang, tetapi mereka enggan.

Pada 18 Mac lalu, lima lelaki dibebaskan selepas kedutaan Ukraine masuk campur dan bantu mereka untuk sampai ke sempadan Poland.

HRW menyatakan, Ukraine ini mejadi zon perang dan EU harus bertanggungjawab untuk pastikan pembebasan dan laluan yang selamat kepada pelarian yang ditahan kerana status penghijrahan mereka.

Selain itu, laporan mengatakan pada awal Mac lalu, setelah ribuan pelarian melarikan diri dari perang Ukraine, pelajar Afrika terpaksa menunggu selama beberapa hari tanpa makanan atau selimut kerana pada ketika itu keutamaan diberikan kepada warga Ukraine.

Dalam satu temu bual menyebut, seorang wanita muda dari Sierre Leone, diminta untuk turun dari bas bersama penumpang lain yang berkulit hitam ketika  menaiki bas menuju ke sempadan Poland.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button