WASHINGTON : United Kingdom dan Amerika Syarikat percaya Iran dalang kepada serangan kapal tangki yang mengorbankan dua individu dan berjanji untuk bertindak balas.
BBC melaporkan serangan ini merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Kenyataan itu dikeluarkan setelah Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengatakan terdapat ‘bukti’ bahawa musuh lama Iran bertanggungjawab.
“Kita tahu bagaimana mengirim pesanan ke Iran dengan cara kita sendiri.” antara amaran yang dikeluarkan Bennett.
Sementara itu, Iran sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu dan menggelar ia sebagai ‘tuduhan tidak berasas’.
Serangan di MV Mercer Street yang dikendalikan syarikat milik Israel diserang di luar Oman, Khamis lalu sehingga membunuh seorang warga Britain dan seorang rakyat Romania.
Serangan ini merupakan peningkatan terbaru dalam ‘perang bayangan’ yang tidak diisytiharkan antara Israel dan Iran.
Sejak Mac, pelbagai serangan berlaku ke atas kapal yang dikendalikan Israel dan Iran sehingga dilihat sebagai sebuah insiden kejam yang jarang berlaku.
Dalam masa yang sama, Iran juga menuduh Israel menyasarkan tapak nuklear dan saintisnya.
-BBC
Diterjemah Nurshazlin Shahrom