JAKARTA : Menerima suntikan vaksin dan membuat ujian saringan Covid-19 pada bulan Ramadan tidak akan membatalkan puasa seseorang, menurut Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Fatwa.
Pengerusinya, Asrorun Niam Sholeh memaklumkan bahawa ibadah puasa tidak menjadi penghalang sekiranya seseorang mahu mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.
Sementara itu, beliau menjelaskan ia termasuk pelaksanaan ujian calitan sama ada antigen pantas atau ujian tindak balas rantaian polimerase transkripsi balikan (PCR).
Menurutnya lagi, perkara itu tidak membatalkan puasa walaupun alat ujian dimasukkan ke dalam hidung atau lelangit mulut kerana ia tidak masuk ke dalam perut.
“Perkara yang membatalkan puasa adlaah memasukkan sesuatu ke bawah kerongkong dan sampai ke perut. Oleh itu MUI telah menetapkan garis panduan bahawa ujian calitan tidak membatalkan puasa,” jelasnya.
-AGENSI