UAE : Emiriah Arab Bersatu (UAE) menangguhkan pengembara dari Liberia, Sierra Leone dan Namibia dari memasuki negara itu sama ada melalui penerbangan tempatan dan luar, bermula semalam (21Jun)
Agensi berita negeri WAM Sabtu lalu melaporkan, memetik kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Am Negara itu, GCAA, bahawa langkah berkenaan ialah bagi memutuskan rantaian COVID-19.
GCAA dipetik sebagai berkata kawalan diperketatkan termasuk penumpang transit, kecuali penerbangan transit yang menuju ke UAE dan menuju ke negara-negara tersebut.