Covid19Semasa

UAE sumbang satu juta dos vaksin Sinopharm kepada Malaysia

SEPANG : Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyumbangkan sebanyak satu juta dos vaksin Covid-19 jenis Sinopharm kepada Malaysia dengan kumpulan pertama 500,000 dos semalam.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata selain jalinan hubungan diplomatik penting antara Malaysia dan UAE, bantuan itu mampu melengkapkan usaha negara ini dalam menangani pandemik Covid-19.

“Kami ingin berterima kasih kepada kedutaan UAE dalam memudahkan dan menyelaras penghantaran sumbangan vaksin Covid-19 (Sinopharm).”Semoga hubungan sebagai dua negara bersaudara kekal kukuh untuk kerjasama masa hadapan dan manfaat ummah keseluruhannya,” katanya.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nour Ibrahim Ali Rashed AlKuwaiti
berkata, sumbangan vaksin berbaki 500,000 dos lagi akan diserahkan kepada Malaysia dalam masa dua minggu.

Beliau berkata sejak bermulanya pandemik, UAE sentiasa memandang Malaysia sebagai rakan karib dan sekutu selain memberi banyak sumbangan untuk menyokong negara dalam melawan virus Covid-19.

“Dengan sumbangan ini, UAE berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan berharap sumbangan ini akan terus menyokong Malaysia dalam memerangi virus Covid-19,” katanya.

UAE sebelum ini telah memberi bantuan Covid-19 kepada Malaysia seperti menyumbang 20,000 unit kit ujian PCR pada Mac 2020 dan tujuh tan pensanitasi tangan yang dibuat khusus untuk Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) Wisma Putra pada Mei 2020.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button