PalestinSemasa

Turki kecam kenyataan Ben-Gvir yang mahu bina sinagog di dalam Masjid Al-Aqsa

Turki telah mengecam kenyataan terbaru Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, mengenai cadangan untuk membina sinagog di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa. Kementerian Luar Turki menyifatkan komen tersebut sebagai “contoh baru dan sangat berbahaya terhadap usaha Israel untuk mengubah status dan identiti Baitulmaqdis serta lokasi-lokasi suci di sana.”

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa komen tersebut telah menimbulkan kemarahan dunia Islam dan mengejutkan sesiapa yang berakal.

“Provokasi terhadap Masjid Al-Aqsa, tempat suci yang eksklusif milik umat Islam, menyinggung perasaan umat Islam dan menyebabkan ketegangan di seluruh dunia,” tambah kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa serangan kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin merupakan ancaman yang semakin meningkat terhadap kestabilan serantau dan global. Kenyataan itu turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan menghentikan pencerobohan Israel dan melindungi hak serta maruah rakyat Palestin.

Gelombang penolakkan

Kenyataan Menteri Israel, Itamar Ben-Gvir, bahawa beliau akan membina sebuah sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki telah mencetuskan gelombang kemarahan, dengan negara-negara dan pegawai mengecam komen provokatif Ben-Gvir.

Masjid Al-Aqsa adalah lokasi ketiga paling suci dalam Islam dan merupakan kiblat pertama umat Islam. Kaum Yahudi merujuk kawasan tersebut sebagai Gunung Kuil, percaya ia adalah lokasi dua kuil Yahudi kuno.

Israel telah menduduki Baitulmaqdis Timur, di mana Masjid Al-Aqsa terletak, semasa Perang Arab-Israel 1967. Pada tahun 1980, Israel secara haram menjarah keseluruhan bandar tersebut, satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

SUMBER: TRTWorld dan agensi

Related Articles

Back to top button