Tragedi tahun baru, penduduk Sungai Kelamah dilanda bah
JELAI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama MAPIM Rangers bergegas ke Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas yang dilaporkan ditenggelami air sejak awal pagi tadi.
Berdasarkan tinjauan Ummah Today, air di kawasan Taman Pinggiran Sungai Kelamah sudah pun mencecah paras bahaya dan hampir seribu penduduk taman tersebut sudah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah.
Dimaklumkan, seorang penduduk Sungai Kelamah, Rosli Roslan, 66, telah lemas dalam kejadian banjir sekitar 8 pagi akibat cuba menyelamatkan haiwan peliharaannya di kandang.
Keadaan air di kandang itu naik dengan cepat dan mangsa tergelincir semasa meredah air untuk ke situ. Isteri mangsa yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan suaminya namun gagal. Difahamkan juga mangsa korban diserang sakit jantung semasa lemas dan disahkan meninggal di tempat kejadian.
Sungai Kelamah merupakan antara kawasan yang dinaiki sejak awal pagi tadi dan dimaklumkan banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jumaat jam 4 petang.
Salah seorang penduduk Sungai Kelamah, Samsudin Omar, 37, meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan kerana mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong wayar siren yang berfungsi memberi amaran kepada penduduk tentang keadaan banjir.
“Kampung ini pernah dilanda banjir pada 2011, namun kami semua sempat selamatkan barang-barang dan bertindak lebih awal atas kerana siren di kampung ini berfungsi memberi petunjuk amaran banjir. Kali ini kami penduduk tidak dapat bertindak lebih awal seperti tahun dahulu atas kerana ketidakfungsian siren tersebut. Sejak semalam hujan tidak henti sehinggalah jam 3 pagi, kami semua tidak dapat amaran apa-apa, jadi kelam kabut selamatkan penduduk dahulu. Barang semua kami terpaksa korbankan,” katanya.
Penduduk Sungai Kelamah berjaga sejak 3 pagi semalam untuk berpindah ke PPS SK Sg Kelamah.
Selain itu, MAPIM Malaysia juga merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terawal tiba di Sungai Kelamah ini bagi membantu penduduk yang terjejas.
Kini, aktivis MAPIM Malaysia bersama MAPIM Rangers akan bergerak memindahkan mangsa yang terkandas di sekitar kawasan Gemas.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038