InspirasiSemasa

Tokoh Qariah negara Datuk Rogayah Sulong meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Tokoh Qariah Negara, Datuk Hajah Rogayah Sulong, 81, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), awal pagi tadi.

Cucu saudaranya Mohd Faizal Hassan, 39, berkata Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada 8:17 pagi tadi selepas 3 hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

Allahyarhamah bergelar johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan sebanyak 7 kali dan johan Musabaqah Al-Quran antarabangsa sebanyak 4 kali sekitar 1960-an dan 1970-an.

“Allahyarhamah pernah menerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah pada 2012,” katanya kepada BERNAMA.

Selain itu, katanya, usaha Allahyarhamah mendekatkan ayat-ayat suci kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul serta berlagu telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri sehingga beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu pada 2010.

Mohd Faizal berkata, Allahyarhamah pada hujung usianya tetap aktif mengajar Al-Quran.

“Allahyarhamah yang mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Megat Othman Megat Chik tiada anak, jadi ibu saya yang merupakan salah seorang anak saudaranya, dipelihara oleh arwah sejak kecil,” katanya.

Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan selepas zuhur di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu.

BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button