PendidikanSemasa

Tokoh pendidikan, Dr. Sidek Baba meninggal dunia

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu Maghrib, Jumaat bersamaan 25 November 2022 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah berjuang dengan penyakit jantungnya selama 3 bulan.

Prof Datuk Dr. Sidek Baba merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM)  dan kini merupakan timbalan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau merupakan seorang tokoh agamawan dan akademik di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 12 Jun 1946 di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Malaysia dan merupaka salah seorang Ahli Lembaga Syariah QSR Brands Bhd.

“Kami pernah belajar bersama-sama di Jabatan Pengajian Melayu, UM. Allahyarham Prof Datuk Dr Sidek Baba merupakan senior kami yang sentiasa memberikan bimbingan yang bermanfaat kepada kami dan beliau merupakan pendidik yang disayangi pelbagai kaum,” kata salah seorang bekas pelajar di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Douglas Tay.

Menurut anak lelaki beliau, Dr. Khairul Azami Sidek, jenazah ayahnya akan dikebumikan  di Tanah Perkuburan Raudatus Sakinah, Sabtu jam 2 petang. Tambahnya, beliau mengesahkan bahawa arwah ayahnya dikategorikan sebagai jenazah Covid-19.

Perginya Prof Datuk Dr. Sidek Baba pada hari Jumaat yang penuh keberkatan.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Related Articles

Back to top button