KerohanianSemasa

“Tok, nek, cucu tumpang lalu ye…”

Sering kali kita mendengar jenaka daripada filem ataupun sketsa yang disiarkan di kaca televisyen berkenaan apabila masuk ke hutan ataupun buang air kecil di dalam hutan.

Misalnya, “Tok, nek, cucu tumpang lalu masuk hutan ya, tolong jangan kacau”

Tahukah anda sebenarnya perbuatan itu boleh jatuh hukum syirik!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali Syamsuri Mahadi, dia berkongsi ayat yang boleh diamalkan ketika melangkah ke dalam hutan.

” سلام على نوحين في الأمين ”

Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman”

Sesungguhnya jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali. Insha-Allah dengan izin-Nya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa yang ini juga sangat digalakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Amalan doa seperti yang tertera di atas amat sesuai kepada mereka yang ingin melakukan sebarang aktiviti di hutan, tidak kiralah berkelah di air terjun, mendaki bukit, berkhemah dan sebagainya.

Ramai yang mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal utama bagi para jin, makhluk halus,serta binatang buas. Sebaiknya jika amalkanlah membaca doa yang dikongsikan ini, mudah-mudahan kita terhindar daripada sebarang gangguan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button