Covid19Semasa

‘Tips’ proses percepat janji temu suntikan Covid-19 palsu – JKJAV

Maklumat itu tersebar di media sosial baru-baru ini

SHAH ALAM : Maklumat yang tersebar di media sosial berhubung proses mempercepatkan tarikh janji temu suntikan vaksin Covid-19, baru-baru ini adalah palsu.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi ciapan di Twitter rasminya, semalam.

Susulan itu JKJAV menasihatkan orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana tindakan itu akan menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai menerusi MySejahtera.

“Untuk makluman, terdapat mesej palsu sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.

“Kami menggesa orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai kepada MySejahtera,” katanya di sini.

Pihak JKJAV juga menekankan bahawa janji temu bagi suntikan vaksin-19 akan diberikan secara automatik dan berperingkat.

Baru-baru ini, terdapat satu maklumat kononnya cara untuk mempercepatkan tarikh janji temu suntikan vaksin Covid-19 tular di media sosial dengan langkah-langkah menggunakan bahagian HelpDesk di aplikasi MySejahtera.

Selain itu, ada pengguna yang mendakwa tindakan tersebut berhasil setelah sekian lama menanti tarikh janji temu bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Terdapat pengguna yang mendakwa tindakan tersebut berhasil setelah sekian lama menanti kemaskini tarikh janji temu bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

“Kami menggesa orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai kepada MySejahtera,” – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)

Oleh Hafeez Anuar (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button