Semasa

Solat hajat 40 malam bermula hari ini

Arahan MAIK ke semua masjid negeri, jajahan serta mukim

KOTA BHARU : 17 Nov — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh Kelantan mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula hari ini.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam kenyatan berkata pendekatan itu berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan akhir-akhir ini.

Beliau berkata, perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga selaku ketua agama Islam negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button