Türkiye berkata bahawa tindakan Israel memusnahkan aset komunikasi bertujuan untuk menghalang semua saluran yang menghubungkan Gaza ke dunia luar dan ia “jelas menunjukkan niat untuk melakukan jenayah perang.”
“Ini adalah satu percubaan untuk menyembunyikan keburukan Israel yang memusnahkan kehidupan awam,” Fahrettin Altun, pengarah komunikasi Turkiye berkat selepas Israel mengumumkan memperluaskan “operasi darat” di dalam Gaza yang dikepung.
Israel menunjukkan sekali lagi bahawa ia tidak berminat untuk melindungi orang awam atau menghormati hak asasi manusia, Altun menulis di X.
“Pemotongan komunikasi talian tetap, mudah alih dan internet di Semenanjung Gaza menandakan peringkat terbaru dalam kempen ketenteraan Israel terhadap rakyat Palestin.”
Reaksi Turki tercetus selepas Israel memotong perkhidmatan komunikasi di Gaza, berikutan serangan udara ganas yang menerangi langit malam di wilayah yang bergelap.
Paltel, penyedia telekomunikasi terbesar di Gaza berkata, “Semua perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian tetap, mudah alih dan internet telah hilang di Semenanjung Gaza” akibat pengeboman Israel yang berterusan.
“Gaza kini digelapkan,” katanya.
Persatuan Bulan Sabit Merah berkata ia telah terputus hubungan dengan bilik gerakan Gaza dan pasukannya yang beroperasi di sana, dan pihak berkuasa Gaza berkata bahawa kru penyelamat tidak dapat menerima panggilan kecemasan.
Pegawai Turki itu berkata ketika tentera Israel meneruskan pengeboman ke atas kawasan kecil Palestin “usaha serentak untuk memusnahkan komunikasi adalah serangan terang-terangan terhadap hak asasi manusia dan nilai-nilai yang paling asas.”
Barat ‘bersubahat dalam jenayah ini’
Altun juga menuduh negara-negara Barat tidak bertindak dalam menghadapi “serangan ini yang menyebabkan mereka terlibat dalam jenayah ini.”
“Pengabaian kemanusiaan penduduk di Gaza dan hukuman kolektif yang dijatuhkan ke atas mereka adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan.”
“Mereka mesti sedar bahawa pendirian mereka pada hari-hari yang mengerikan ini akan menjadi noda kekal dalam sejarah mereka.”
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI