Dunia

Tindakan Israel bina rumah di Bukit Golan dikecam Syria

BEIRUT : Rancangan terkutuk Israel untuk menggandakan lagi bilangan penerokaan Yahudi di Bukit Golan dalam tempoh lima tahun menerima kecaman hebat dari Kementerian Luar Syria.

Tindakan itu dianggap boleh meningkatkan lagi ancaman terhadap negara yang bersempadan itu, menurut laporan media tempatannya.

Kelmarin, pelan tindakan bagi pembinaan kira-kira 7,300 unit rumah tambahan telah mendapat kelulusan dari kabinet Israel yang ditawan ketika perang Timur Tengah yang berlangsung pada 1967, juga dilihat sebagai satu langkah yang mampu mengukuhkan cengkamannya di wilayah itu.

“Syria mengutuk sekeras-kerasnya peningkatan (penerokaan) penduduk dan tidak pernah berlaku sebelum ini oleh pihak berkuasa Israel di Golan,” kata agensi berita kerajaan SANA.

Dalam pada itu, mereka juga memaklumkan bahawa Damsyik akan berusaha menggunakan semua cara sah yang ada untuk merebut semula wilayah itu.

Untuk rekod, Syria sudah lama menuntut pengembalian tanah seluas 1,200 kilometer persegi itu, yang juga menghadap ke Lubnan dan bersempadan dengan Jordan, lapor agensi berita CNA.

– Al Arabiya News

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button