KemanusiaanSyria

MAPIM Malaysia nekad bantu Ummah dalam & luar negara

Tim RescueSyria Redah Salji Hantar Bantuan Kecemasan di Pergunungan Aarsal

AARSAL: Sejak 19 Disember 2021 lagi, sukarelawan MAPIM Malaysia bersama rakan sinergi pemilik kenderaan pacuan 4 roda MAPIM Rangers telah berhempas pulas turun ke Klang, Shah Alam, Banting & Cheras dalam Misi Bantuan Kecemasan Bencana Banjir.

Serentak dalam pada masa sama, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr) Sani Araby Al-Kahery melancarkan pula Emergency Response Desk bagi menyantuni mangsa banjir di 6 negeri termasuk Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kedah & Pahang dalam siri jelajah bantuan pasca banjir sehingga ke hari ini.

Belum sempat kering peluh di dahi, Sabtu lalu (Dr) Sani Araby menerima beberapa keping foto yang dikongsi oleh rakan strategik NGO di Syria yang memaklumkan keadaan terkini di Utara Syria & Beqaa serta pergunungan Aarsal.

Lebanon sedang berhadapan dengan cuaca sejuk sehingga salji tebal disebelah malam meruntuhkan khemah-khemah para pelarian Syria. Tidak terbayang keadaan lebih 60 ribu pelarian Syria ketika ini yang terpaksa menahan lapar serta bahaya dalam kesejukkan salju di paras -5 darjah celcius.

Misi Bantuan Khas Musim Sejuk Rescue Syria digerakkan dengan kadar segera dalam kesibukan menjalankan misi di Malaysia kerana pelarian Syria sudah berada dalam keadaan terdesak bagi meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu, (Dr) Sani Araby bersama Setiausaha Agung MAPIM MALAYSIA PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol & Bendahari MAPIM Malaysia Tuan Haji Faris Hussain serta 4 orang sukarelawan Rescue Syria telah terbang ke Beirut dalam mensirnegikan kesiapsiagaan dan menjalankan dua misi serentak (domestik & antarabangsa) tanpa perlu mengorbankan salah satunya.

Perjalanan dari Beirut ke pergunungan Aarsal sejauh lebih kurang 125 km pada cuaca kebiasaannya hanya mengambil masa 2 jam 30 minit sahaja. Namun dengan situasi cuaca bersalji tebal dan keadaan trafik padat (kerana banyak kenderaan terkandas), waktu perjalanan boleh mencecah hampir 5 jam untuk tiba di puncaknya! Tim Rescue Syria melalui cabaran ribut salji tebal walaupun belum cukup sejam perjalanan di Dahrul Baidar.

Kenderaan terkandas seawal misi merentas Pergunungan Aarsal bermula kerana salji tebal
4 kenderaan Tim MAPIM MALAYSIA terkandas salji tebal

Walau apa pun cabaran mendatang, kami tetap optimis untuk menyantuni 1000 keluarga pelarian yang terdesak ini. Misi ini digerakkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Kami membawa harapan besar rakyat Malaysia untuk membantu saudara seagama di Aarsal, kami juga yakin para pelarian turut mengharapkan kunjungan & bantuan daripada kita..” tegas (Dr) Sani Araby.

Sani Araby – Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria MAPIM MALAYSIA

Selepas berjaya mengharungi hampir lima jam perjalanan, tim Rescue Syria selamat tiba di pergunungan Aarsal yang terletak bersempadanan dengan Al-Qusair, Syria. Pergunungan Aarsal ini didiami oleh 50 ribu rakyat Lubnan tetapi ditumpangi kira-kira 60 ribu pelarian Syria yang mengungsi di sini.

Bendahari MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris Hussein turut sama hadir menyantuni anak pelarian Syria dan memberikan kata-kata motivasi untuk mereka menghadapi ujian mendatang.

Hari pertama, 3 kem pelarian disantuni dengan diedarkan kotak bantuan makanan yang membolehkan mereka bertahan sekurang-kurangnya 3 minggu, selimut tebal, kanvas khemah baru & 2 tong minyak diesel sebagai bahan bakar memanaskan badan bagi setiap keluarga.

Setiausaha Agung MAPIM, Zulhanis Zainol mengagihkan bantuan kepada keluarga pelarian Syria

Dalam masa mengedarkan bantuan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia ini, aktivis MAPIM Malaysia turut membantu dalam kerja-kerja menukarkan kanvas khemah para pelarian kepada yang baharu.

Penulis yang juga aktivis MAPIM MALAYSIA membantu memasang canvas yang terkoyak untuk berhadapan cuaca sejuk salji yang buruk
Team MAPIM MALAYSIA membantu membuang salji yang menebal atas bumbung khemah yang boleh menyebabkan khemah runtuh

Walaupun bantuan ini tidak dapat melenyapkan lebih 10 tahun kesukaran kehidupan mereka di sini, namun dengan kehadiran aktivis MAPIM Malaysia kali ini diharapkan dapat sekurang-kurangnya mengukirkan senyuman serta meringankan sedikit sebanyak beban para pelarian Syria di puncak Aarsal.


Hasbunallah Waniqmal Wakeel
Bayangkan anak-anak pelarian Syria yang kesejukkan berdepan musim sejuk kali ini yang tiada kelengkapan cukup untuk panaskan badan mereka sekadar berlindung dalam khemah-khemah yang didirikan.

“Sebaik-baiknya manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain”
(Hadis Riwayat Ahmad, Thabrani)

TABUNG BANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK RESCUE SYRIA
MASIH DIBAWAH SASARAN UNTUK BANTUAN RM3,000,000. INFAQ SUMBANGAN ANDA YANG PEDULI MAMPU MERINGANKAN BEBAN PENDERITAAN SERTA KESEJUKKAN SAUDARA PELARIAN DI SYRIA

Hulurkan sumbangan infaq untuk dapat MAPIM MALAYSIA salurkan bantuan segera berbentuk
– Selimut
– Kotak Makanan
– Bahan Bakar
– Alat Pemanas
– Khemah
serta lainnya


___________________________________

2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM MALAYSIA)
___________________________________

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG
▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button