DAMASCUS: Keluarga pelarian yang dipindahkan ke kem Syria meminta derma melalui aplikasi TikTok manakala syarikat itu mengambil sehingga 70% daripada hasilnya, lapor media antarabangsa BBC.
Sehingga ke hari ini, kanak-kanak pelarian Syria dieksplotasi bagi melakukan penstriman secara langsung (live) di aplikasi media sosial itu selama berjam-jam, memohon hadiah digital untuk memperoleh nilai tunai.
Wartawan BBC menonton aliran pendapatan sehingga £900 (RM4,731) sejam, tetapi mendapati pelarian Syria di kem hanya menerima sebahagian kecil daripada hasil itu.
Investigasi BBC mengungkap TikTok mengambil hingga 70% uang dari hasil siaran langsung para pengungsi Suriah yang ‘mengemis’ meminta bantuan ke penonton demi membiayai hidup mereka selama di pengungsian. https://t.co/Ag0fERjZ9s pic.twitter.com/3jhQs8CbUl
— BBC News Indonesia (@BBCIndonesia) October 12, 2022
TikTok dalam reaksinya berkata mereka akan mengambil tindakan segera terhadap ‘pengemis eksploitatif’ berkenaan.
Syarikat itu berkata kandungan jenis ini tidak dibenarkan pada platformnya, dan mereka menjelaskan komisen daripada hadiah digital adalah kurang daripada 70%. Tetapi mereka enggan mengesahkan jumlah sebenar.
Di kem pelarian sebelah barat laut Syria, BBC mendapati trend itu difasilitasi oleh ‘orang tengah TikTok’ yang menyediakan telefon dan peralatan kepada keluarga untuk meraih simpati penonton live.
‘Orang tengah’ ini mengakui mereka bekerja dengan agensi yang bergabung dengan TikTok di China dan Timur Tengah, yang memberikan akses kepada keluarga pelarian ke akaun TikTok. Ini adalah sebahagian daripada strategi global TikTok untuk merekrut penstriman langsung dan menggalakkan pengguna meluangkan lebih banyak masa pada aplikasi berkenaan.
I began to follow some accounts livestreaming from Syria, and thanks to TikTok’s algorithm, I found more than 300… and noticed that the children were often saying the same thing… pic.twitter.com/uIeSh124Cz
— Hannah Gelbart (@hannah_gelbart) October 12, 2022
Memandangkan algoritma TikTok mencadangkan kandungan berdasarkan kedudukan geografi nombor telefon pengguna, ‘orang tengah’ berkata mereka lebih suka menggunakan kad SIM British. Mereka berpendapat penonton dari UK adalah pemberi hadiah yang paling pemurah.
Mona Ali Al-Karim dan 6 orang anak perempuannya adalah antara keluarga yang kerap live di TikTok setiap hari, duduk di atas lantai khemah mereka selama berjam-jam, mengulangi beberapa frasa bahasa Inggeris yang mereka tahu “Please like, please share, please gift” (Sila suka, tolong kongsi, tolong hadiahkan).
Suami Mona terbunuh dalam serangan udara dan dia menggunakan siaran live untuk mengumpul wang bagi pembedahan untuk anak perempuannya Sharifa, yang buta.
Hadiah yang mereka minta adalah berbentuk digital maya, tetapi ia boleh ditukarkan kepada wang sebenar dan boleh dikeluarkan daripada aplikasi sebagai wang tunai. Penonton strim live menghantar hadiah – daripada bunga ros digital yang berharga beberapa sen, kepada singa maya berharga sekitar RM2,350 untuk memberi ganjaran atau tip kepada pencipta kandungan (live streamer).
Selama lima bulan, BBC mengikuti 30 akaun TikTok yang disiarkan secara live dari kem-kem pelarian Syria dan mendapati penonton sering menderma hadiah digital bernilai sehingga RM4,731 sejam kepada setiap akaun.
Walaupun begitu, keluarga di kem pelarian ini berkata mereka hanya menerima sebahagian kecil daripada jumlah itu.
Satu eksperimen dilakukan oleh seorang wartawan di Syria yang menghubungi salah satu agensi yang bersekutu dengan TikTok mengatakan dia tinggal di kem pelarian. Dia diberikan akaun TikTok dan mula bersiaran secara live, manakala kakitangan BBC di London menghantar hadiah TikTok bernilai RM500 daripada akaun lain.
Pada penghujung strim live, baki terkini akaun hasil eksperiman itu cuma RM155. TikTok telah mengambil 69% daripada nilai hadiah.
Baki RM155 daripada hadiah RM500 siasatan BBC telah dikurangkan sebanyak 10% lagi apabila ia dikeluarkan dari kedai pemindahan wang tempatan. ‘Orang tengah’ TikTok akan mengambil 35% daripada bakinya, meninggalkan keluarga pelarian Syria dengan hanya RM89.
Hamid, salah seorang ‘orang tengah’ TikTok di kem pelarian memberitahu BBC, dia telah menjual ternakannya untuk membayar telefon bimbit, kad SIM dan sambungan wi-fi untuk bekerja dengan keluarga pelarian lain melalui hasil TikTok.
Dia kini bersiaran dengan 12 keluarga berbeza, selama beberapa jam sehari.
Hamid berkata dia menggunakan TikTok untuk membantu keluarga mencari rezeki. Dia membayar mereka sebahagian besar keuntungan, tolak kos operasinya, katanya.
Seperti ‘orang tengah’ lain, Hamid berkata dia disokong oleh agensi di China, yang bekerja secara langsung dengan TikTok.
MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987