TEBING BARAT: Tentera rejim israel pada Khamis membunuh 3 rakyat Palestin di bandar Nablus, utara Tebing Barat.
“Pasukan perubatan menemui jenazah 3 warga Palestin di sebuah rumah yang dikepung oleh tentera rejim di Kota Lama Nablus,” lapor TV rasmi Palestin.
“Tentera israel pergi selepas serbuan,” saksi memberitahu media Anadolu.
Jenazah 3 syuhada Palestin baru sahaja dibawa keluar dari rumah yang telah dibom dengan peluru berpandu oleh zionis di Kota Lama Nablus, tengahari tadi.
🌏 https://t.co/UKfqFWP0R2 pic.twitter.com/lHOUaeYuqw
— Adli Effendy (@adlieffendy) May 4, 2023
Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menjelaskan krew perubatan cuba sedaya upaya membantu 2 kecederaan serius yang disebabkan oleh peluru hidup semasa pertempuran yang meletus antara berpuluh-puluh rakyat Palestin dengan tentera israel di Nablus.
Direktorat Pendidikan di Nablus telah mengumumkan penangguhan waktu sekolah sehingga tamat operasi ketenteraan.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang dicerobohi israel sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang rejim ke bandar-bandar Palestin.
Lebih 100 rakyat Palestin telah terbunuh akibat tembakan israel sejak awal tahun ini, lapor sumber perangkaan Palestin. Tetapi hanya 16 warga israel juga telah terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama.
Pictures: the house besieged by the lsraeli occupation forces during a military raid in Nablus during which 3 Palestinians were killed. pic.twitter.com/w1djgU6SC4
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) May 4, 2023
BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini