Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
KABUL: Dalam bulan ogos sahaja sudah beberapa kejadian serangan berlaku di Afghanistan. Dengan yang terbaru letupan di sebuah masjid dalam kawasan Kabul.
Dalam insiden yang berlaku semalam, sekurang-kurangnya telah mengorbankan tiga orang dan hampir 24 orang awam cedera menurut hospital dan pegawai di Kabul.
Berdasarkan kepada Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Itali, Emergency yang mengendalikan salah sebuah hospital di Kabul memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima 27 orang mangsa dalam letupan itu.
“Kita menerima 27 orang mangsa letupan, termasuk tiga orang maut.
Kebanyakkan pesakit mengalami kecederaan akibat terkena serpihan dan mengalami lecur” – ujar Emergency kepada AFP menerusi e-mel
Pihak kerajaan Taliban menerusi jurucakapnya mengesahkan ada diantara mangsa terkorban tetapi tidak memperincikan jumlahnya.
Insiden tersebut berlaku hampir seminggu selepas serangan berani mati terhadap ulama utama Taliban di madrasahnya.
Selain itu, pada 11 ogos lalu terdapat seorang penyerang berani mati meletupkan diri di dalam madrasah milik Rahimullah Haqqani.
Dalam kejadian tersebut dikatakan Daish bertanggungjawab
Sejak Taliban mengambil alih kuasa sejak setahun lalu, ada banyak insiden keganasan dalam negara.
Namun, militan Daish sering melakukan serangan, dengan kebanyakannya menyasarkan komuniti minoriti seperti Syiah, Sufi dan Sikh. – AFP