
JENIN: Tentera israel membunuh 3 lagi pemuda Palestin pada Khamis dalam serbuan kejam mereka di bandar Jenin, menurut pegawai kesihatan Palestin ketika keganasan terus meningkat di Tebing Barat.
Tentera israel telah membuat serbuan hampir setiap hari di seluruh wilayah itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kebanyakannya pembunuhan tanpa motif berikutan tuduhan kononnya serangan pernah dibuat sebelum ini ke atas laknatullah itu.
Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan 3 orang terbunuh kesan peluru tembakan tentera pendudukan israel semasa pencerobohan mereka di Jenin pada subuh pagi tadi.
lsraeli occupation forces kill 3 Palestinians in Jenin and injure a number of others during a vicious military raid this dawn. pic.twitter.com/aAGbxfXFlp
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 8, 2022
Tentera israel laknatullah itu menggunakan alasan mereka memasuki Jenin untuk menahan ‘orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas’.
Mangsa kezaliman mereka kali ini disahkan sebagai Atta Shalabi, Sidqi Zakarneh dan Tariq Damej menurut laporan Hospital Ibn Sina di Jenin.
Video documenting the damage resulted to a Palestinian-owned house due to the lsraeli invasion of Jenin camp this dawn. pic.twitter.com/uVJqKqmvkq
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 8, 2022
Sejumlah lebih 40 rakyat Palestin telah terbunuh sepanjang operasi israel di Jenin, antaranya kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan wartawan veteran Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh.
Pergolakan ini telah membimbangkan masyarakat antarabangsa.
Kesatuan Eropah pada Sabtu menyatakan bahawa mereka sangat bimbang tentang peningkatan tahap keganasan di Palestin.
Jurucakap Jabatan Negara AS menggesa agar semua pihak melakukan segala yang terdaya untuk meredakan keadaan.
Jenin wakes up to another crime committed by the lsraeli occupation forces who killed three Palestinians during a pre-dawn military raid today. pic.twitter.com/m01TMfidkh
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 8, 2022
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini