Covid19EkonomiKepenggunaanSemasa

Tidak perlu pembelian panik, bekalan cukup : KPDNHEP

Kerajaan jamin bekalan bahan makanan, keperluan cukup

KUALA LUMPUR : Keadaan di rata-rata pasar raya hari ini mula menunjukkan orang ramai berpusu-pusu membeli barangan bahan makanan dan keperluan sebagai persediaan ‘Total Lockdown 1.0’ mulai 1 Jun 2021.

Menurut hantaran Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), rakyat Malaysia tidak perlu panik  membeli barangan rumah. Beli berdasarkan keperluan, barangan akan cukup jika semua orang bijak berbelanja.

KPDNHEP juga mengingatkan kesan ‘Panic Buying’ :

“Bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan tidak cukup,
“Harga runcit pengguna naik secara tidak munasabah,
“Pembelian bersyarat oleh peniaga tidak beretika,
“Peniaga tidak beretika boleh mengambil kesempatan mengambil untung berlebihan.”

Kini, di media sosial tular paparan imej orang ramai membeli barang rumah dengan jumlah yang banyak sehingga memenuhi ruang pasar raya.

Situasi ini semestinya lebih membahayakan berikutan kes jangkitan positif yang semakin mencanak.

Keadaan di Pasaraya CS, Hulu Langat

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan kebolehjangkitan wabak COVID-19.

Semalam 28 Mei 2021,  kerajaan mengemumkan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial untuk Fasa Pertama dari 1 Jun hingga 14 Jun depan di seluruh negara.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti semula sektor ekonomi dan perkhidmatan yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh dua minggu itu.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button