ISTANBUL: Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye mengesahkan setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia menjadi mangsa letupan bom di Istiklal Street, Taksim, pada Ahad.
“Konsulat Jeneral bagaimanapun sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, yang sedang menjalankan penyiasatan berhubung insiden tersebut.”
“Konsulat Jeneral yakin pihak berkuasa akan melaksanakan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab atas insiden itu dan akan membawa mereka ke muka pengadilan,” menurut satu kenyataan, pada Isnin.
Konsulat Jeneral turut mengingatkan rakyat Malaysia di sana agar meningkatkan kewaspadaan di sekeliling dan mengelak berkunjung ke tempat sesak di Istanbul buat masa ini.
“Sekiranya rakyat Malaysia di sana mempunyai kecemasan boleh menghubungi talian Konsulat Jeneral Istanbul di +902129891001, +905362896788, +905517112174 dan +905538979767.”
“Konsulat Jeneral turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan berharap mangsa yang cedera segera sembuh,” ujarnya.
WARNING: GRAPHIC CONTENT
An explosion on a busy pedestrian street in central Istanbul left at least six people dead and 81 wounded https://t.co/l8oPx42kXb pic.twitter.com/vglJXsikkG— Reuters (@Reuters) November 14, 2022
Sehingga kini, tiada kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.
Sekurang-kurangnya 6 dilaporkan terkorban manakala 53 yang lain cedera dalam kejadian letupan pada Ahad itu.