Tiada cuaca ekstrem sepanjang Hari Raya Aidiladha esok
PETALING JAYA : Tiada cuaca ekstrem dijangka akan berlaku menjelang Aidiladha yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam pada 20 Julai 2021.
Jabatan Metereologi Malaysia mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan media yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi mereka.
“Secara amnya, tiada kejadian cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha 2021.
Walau bagaimanapun, angin barat daya yang bertiup dalam tempoh ramalan meningkatkan potensi pembentukan garis badai di sepanjang perairan Selat Melaka dan barat Sabah pada sebelah pagi.
“Hal ini akan membawa keadaan cuaca ribut petir di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengingatkan agar orang ramaiĀ mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir.
MetMalaysia turut menjelaskan hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di kawasan pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) pada sebelah pagi.
āPada sebelah petang pula, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor (timur dan selatan), Pahang (timur dan selatan) selain Terengganu, Kelantan, Sarawak serta Sabah.
āDitempat lain pula tiada kejadian hujan dan ribut petang dilaporkan pada sebelah petang,ā katanya.
Oleh Hafeez Anuar