Semasa

PUSPAKOM Selangor beroperasi semula hari ini

SHAH ALAM : Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Negeri Selangor akan beroperasi semula pada bermula hari ini kecuali bagi PUSPAKOM di Batu Caves yang akan beroperasi semula pada 21 Julai 2021.

PUSPAKOM dalam satu kenyataan berkata pengoperasian pusat itu termasuk perkhidmatan bergerak PUSPAKOM di kawasan Lembah Klang melibatkan semua jenis pemeriksaan kenderaan.

“Pelanggan yang ingin menjalani pemeriksaan kenderaan wajib membuat janji temu secara dalam talian sebelum hadir ke PUSPAKOM atau mengguna perkhidmatan bergerak. Pemeriksaan secara jumpa terus tidak dibenarkan.

“Pelanggan yang hadir pemeriksaan disarankan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memastikan MySejahtera diimbas sebelum masuk ke premis,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button