Semasa

Thailand sambut pelancong lengkap vaksin dari negara berisiko rendah mulai November – Prayuth

Sumber: nationalgeographic.com

Bangkok:Thailand akan mula menerima pelancong luar yang divaksinasi sepenuhnya dari negara-negara berisiko rendah mulai 1 November bagi menghidupkan kembali ekonomi pelancongannya, setelah jatuh disebabkan wabak COVID-19.

Perdana Menteri Thailand Prayuth menyatakan dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen bahawa pelancong dari sepuluh negara berisiko rendah, termasuk Singapura, Jerman, China, dan Amerika Syarikat, akan dikecualikan kuarantin.

Pengunjung dari negara-negara yang tidak termasuk dalam senarai akan tetap disambut baik, tetapi perlu melakukan kuarantin dan mematuhi syarat-syarat lain.

Menurut Prayuth, pengunjung dari negara berisiko rendah perlu menunjukkan bahawa mereka bebas COVID-19  dengan menjalani ujian RT-PCR sebelum meninggalkan negara asal mereka dan ujian lain di Thailand.

Prayuth menyatakan bahawa dia telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan Kementerian Kesihatan Awam untuk mengkaji semula rancangan pembukaan sempadan secepat mungkin pada minggu ini.

Beliau juga menyatakan bahawa lebih banyak negara akan dimasukkan ke dalam senarai menjelang Disember dan Januari.

Oleh Ummi Fatihah – wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button