Semasa

Terowong SMART dibuka semula

KUALA LUMPUR : Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula kepada lalu lintas pada jam 11:10 pagi hari ini, selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Menurut Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), proses pemeriksaan dan pembaikan mekanikal dan elektrik juga dilakukan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum laluan dibuka semula.

“Pasukan SMART dan Pengurusan Terowong akan terus memantau tuntutan Operasi SMART dan memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan mereka berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa,” katanya.

Berikutan hujan lebat pada hari Jumaat, terowong itu ditutup sepenuhnya kepada pengguna pada hari Sabtu untuk membolehkan pengaktifan sistem banjir.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button