Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
JENIN: Dua rakyat Palestin dikenali sebagai Ahmad Ayman Abed, 23, dan Abdul Rahman Hani Abed, 22 dari bandar Kufr Dan, barat bandar Jenin terbunuh awal pagi Rabu.
Mereka berdua ditembak oleh tentera Israel di pusat pemeriksaan Jalama, utara Jenin, lapor Kementerian Kesihatan.
Sumber memaklumkan, tentera kemudiaannya mengisytiharkan bahawa pusat pemeriksaan tersebut ditutup untuk orang awam sehingga Jumaat.
Ahmad and Abed Al-Rahman Abed, the two Palestinians who were killed by the lsraeli occupation forces pre dawn today near Al-Jalameh, northern Jenin. pic.twitter.com/fQSYp0bh74
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) September 14, 2022
Pihak Israel turut memanggil bapa kedua-dua rakyat Palestin yang terbunuh bagi tujuan pengecaman.
Rejim zionis berkata mereka melepaskan tembakan ke arah 2 warga Palestin selepas mereka (rakyat Palestin) melepaskan tembakan ke arah askar. Ia bagi mengambarkan tindakan tentera zionis kononnya hanya mempertahankan diri.
Israel turut mengesahkan bahawa seorang askar mereka terbunuh akibat tembakan tersebut.
Seramai 97 rakyat Palestin telah terbunuh disebabkan tembakan Israel di Tebing Barat sejak awal tahun ini.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia