DomestikSemasa

“Terima kasih kerana memudahkan urusan kami.”

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

BUKIT JALIL : Sudah 10 tahun beliau kehilangan suami, dan sejak itu hidupnya hanya bergantung kepada anak-anak. Kini beliau menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi, berjalan pun tidak berdaya seperti dahulu.

Itulah dugaan yang menimpa seorang ibu tunggal, Kamariah Abdul Aziz.

“Macam biasalah bila umur dah menjangkau usia 60-an, memang macam-macam penyakit yang datang, tenaga pun dah tak macam dulu. Nak pergi hospital pun harapkan anak saya yang kerja membawa teksi,” katanya.

Kamariah turut berkongsi cerita pemergian suaminya sekitar 10 tahun dahulu akibat penyakit kencing manis dan kaki terpaksa dipotong.

Beliau kini tinggal berdua bersama anak lelakinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Saya ada tiga orang anak, dua lagi dah kahwin hidup sendiri, jadi sekarang tinggallah saya berdua dengan anak lelaki saya ni. Anak saya ni pun tidak sihat sangat kerana dia mengalami penyakit angin ahmar,” luahnya.

Kehadiran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang datang menyantuni dan beramah mesra, membawa senyuman kepada ibu tunggal ini.

Selain memberi sumbangan kotak makanan, MAPIM turut menyediakan Ummah Mobile Clinic yang menyediakan pemeriksaan secara percuma kepada Kamariah.

“Terima kasih kepada MAPIM kerana sanggup datang ziarah ke rumah saya, siap bawak doktor lagi datang ke rumah untuk periksa kesihatan saya, sebab saya pun dah tak larat sangat nak pergi klinik, anak pun kadang-kadang sibuk bekerja, hari ini MAPIM siap bawa doktor datang ke rumah,” katanya.

Kamariah sangat memuji usaha MAPIM yang sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan penduduk di sini yang mengalami kesukaran untuk hadir ke klinik ataupun hospital dan berharap inisiatif ini diteruskan.

Usaha itu adalah daripada Program Santun Ummah yang diusahakan oleh MAPIM di Flat Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil menyediakan Ummah Mobile Clinic kepada penduduk di sini dan memberikan pemeriksaan kesihatan percuma.

Untuk rekod, inisiatif ini merupakan kerjasama kali ke-5 dengan Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom).

Masyarakat di situ memuji dan memberikan maklum balas yang positif atas usaha MAPIM memudahkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan berharap usaha ini tidak terhenti di sini.

Oleh Hafeez Anuar

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button