Tentera israel berkata salah seorang askarnya terbunuh akibat terkena peluru berpandu anti-kereta kebal yang ditembak oleh Hamas semasa serbuan di Semenanjung Gaza. Tiga askar lain cedera dalam serbuan pada Ahad.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan ketika Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, di akaun Telegram, mereka telah menghalau tentera Israel kembali ke israel.
“Seorang askar israel terbunuh, seorang cedera sederhana, dan dua cedera ringan akibat peluru berpandu anti-kereta kebal,” kata tentera israel.
Tentera berkata tujuan serbuan itu adalah untuk mengesan tawanan Hamas di kawasan Khan Younis di Gaza dan untuk memusnahkan infrastruktur pengganas.
Tentera Israel telah melakukan serbuan merentasi sempadan yang mereka kata bertujuan untuk membersihkan kawasan itu dan mengumpulkan risikan tentang tawanan yang ditahan oleh Hamas.
Menurut Tareq Abu Azzoum Al Jazeera, dari Khan Younis di Gaza, serbuan itu memaksa Hamas bersiap sedia untuk serangan darat yang sudah telah lama dispekulasi oleh Israel.
“Percubaan Israel untuk memasuki Semenanjung Gaza [sedang] dihadapi oleh pejuang Palestin yang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan pencerobohan darat di dalam wilayah yang dikepung,” kata Azzoum.
Beliau menambah, keadaan di lapangan adalah “sangat dramatik” dan keadaan keselamatan di dalam Semenanjung Gaza “tidak dapat diramalkan”.
Mohammed Jamjoom dari Al Jazeera, melaporkan dari Baitulmaqdis Timur yang dijajah, kenatian askar adalah sesuatu yang tentera Israel akan “anggap serius” ketika perang berterusan.
SUMBER : AL JAZEERA DAN AGENSI BERITA