Tentera Israel menahan lima nelayan warga Palestin di pantai selatan Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan di akaun Twitternya, tentera mendakwa bot itu “melebihi zon memancing yang dibenarkan di selatan Gaza dalam pelanggaran keselamatan.”
Israel hanya membenarkan penduduk Palestin di Gaza memancing pada jarak 15 batu nautika.
Kenyataan itu berkata tentera laut Israel mendekati bot itu dan mengambil tindakan tanpa menyatakan secara spesifik, untuk memberi amaran kepada bot itu supaya kembali ke zon berlesen tetapi berkata nelayan tidak mengendahkan.
Sementara itu, sumber tentera memberitahu bahawa lima nelayan itu telah ditahan untuk disoal siasat.
Untuk rekod, terdapat 1,300 bot nelayan di sepanjang Semenanjung Gaza dikendalikan oleh kira-kira 4,000 nelayan, menurut Kementerian Pertanian Palestin.
Israel sering menganggu kententeraman nelayan Palestin, termasuk cuba menenggelamkan bot Palestin di laut, melepaskan tembakan ke arah mereka, serta menyempitkan kawasan nelayan untuk tempoh yang lama.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia