PalestinSemasa

Tentera israel serang dua kanak-kanak bawah umur di Hebron

HEBRON: Tentera israel menyerang dua kanak-kanak Palestin bawah umur di bandar Hebron yang diduduki selatan Tebing Barat, menurut sumber tempatan.

Menurutnya, tentera israel dengan membawa senjata api memukul dua beradik, berusia 6 dan 8 tahun, ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai di bahagian selatan bandar itu serta menahan mereka di pusat pemeriksaan tentera , selatan Masjid Ibrahimi.

Bapa saudara kepada dua kanak-kanak itu, Kifah Rajabi berkata, anggota tentera menghalangnya daripada menghampiri pusat pemeriksaan untuk memeriksa keadaan anak saudaranya yang ditahan itu.

Bandar Hebron adalah rumah kepada kira-kira 160,000 Muslim Palestin dan 800 peneroka israel yang agresif dan dikawal ketat oleh tentera israel.

Israel telah menghalau satu-satunya pemantau antarabangsa yang melindungi rakyat Palestin di Hebron daripada 800 peneroka yang dikawal ketat dan salah seorang daripada mereka pernah melakukan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1994.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button